KUALA LUMPUR — Lincoln University College (LUC) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Cengild G.I. Medical Centre melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkukuhkan pendidikan dan latihan dalam bidang kejururawatan.
Vice President for Corporate & Regional Affairs University College, Amin Mohd Shukor berkata kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menjadikan LUC sebagai pusat kecemerlangan dalam menyediakan tenaga kejururawatan yang berkemahiran tinggi.
“Melalui gabungan pendidikan berkualiti dan pengalaman praktikal, kami yakin dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja sektor kesihatan negara.
“Sebagai rakan kongsi, Cengild komited untuk memastikan pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan berkualiti tetapi juga pengalaman industri yang relevan.
“Pusat perubatan ini akan memantau perkembangan akademik pelajar secara berkala dan menyediakan insurans bagi melindungi keselamatan awam dan liabiliti hospital sepanjang tempoh MoU,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya langkah ini juga merupakan satu usaha penting ke arah menjadikan LUC sebagai pusat rujukan dan hab utama bagi melahirkan tenaga pakar kejururawatan terlatih di Malaysia.
“MoU bermakna ini menyaksikan tiga fokus melibatkan tiga komponen utama iaitu Penajaan Pelajar Diploma Kejururawatan.
“Pihak Cengild akan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak di bawah perjanjian yang telah ditetapkan, Latihan Klinikal dan Penggunaan Fasiliti Hospital dan pelajar akan mendapat pendedahan praktikal di hospital di bawah pengurusan Cengild bagi memastikan mereka memenuhi keperluan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan Penggunaan Identiti Jenama Hospital serta untuk tujuan promosi pengambilan pelajar dan pembangunan latihan,” katanya.
Selain itu LUC merupakan sebahagian daripada tanggungjawab di bawah MoU ini akan memastikan pelajar mematuhi etika profesional semasa latihan klinikal.
“LUC juga akan bekerjasama dengan Cengild dalam menyelaraskan jadual latihan serta menyimpan rekod akademik pelajar.
“Di samping itu, LUC akan memastikan insurans mencukupi untuk melindungi pelajar dan staf semasa tempoh latihan klinikal,” katanya.
Dengan termeterainya MoU ini, LUC dan Cengild berharap akan dapat melahirkan generasi baharu jururawat yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh bidang kejururawatan dan menyumbang kepada pembangunan sektor kesihatan di Malaysia.
Terdahulu antara yang hadir pada majlis ini adalah Aslin Hafiza Ali, COO of Lincoln University, Razlyn Amieza Aron, Director Clinical & Collaboration Scholl of Nursing & Applied Health Science dan Thilashiny Letchumana, Human Resource Manager Cenglid G.I Medical Centre.