‘Ujian jadikan saya lebih baik’ – Neelofa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Takdir tertulis tidak mampu dipadamkan, malah, kekal dalam ruang ingatan selama hayat dikandung badan.

Begitu juga kanvas seni tidak pernah sunyi dilatari pelbagai rona sepanjang 2021, tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak dan menular.

2021 tentunya menjadi tahun paling mencabar buat selebriti sensasi, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor.

Neelofa berkata, tetap bersyukur kerana ujian mematangkan dan membentuknya menjadi insan lebih baik.

“Saya akui, banyak ujian diterima pada 2021. Jika sebelum ini kontroversi berkaitan dunia hiburan, namun, ia berbeza selepas saya berkahwin.

“Ia membabitkan kes polis dan turun naik mahkamah. Malah, kes turut mengheret ahli keluarga, jadi ia adalah ujian baharu dan berbeza buat saya.

“Namun, Alhamdulillah, apabila direnung semula, apa yang berlaku menjadikan saya insan lebih baik.

“Selepas beberapa tahun boleh jadi kebal, sama sahaja seperti kontroversi dalam dunia hiburan yang pernah dilalui,” katanya kepada BH Online.

Justeru, Neelofa akui, ujian mengajarnya menjadi manusia lebih berhati-hati.

“Sudah tentu, saya tidak mahu perkara sama berulang, tetapi apa yang penting, saya belajar daripada kesilapan. Ada hikmah yang diperoleh di sebalik apa yang berlaku.

“Jadi, ia membuatkan saya lebih berhati-hati, berbanding saya tak ambil berat terhadap sesuatu perkara sebelum ini,” katanya.

 

Neelofa terkait banyak kontroversi berkaitan dunia hiburan, namun, ia berbeza selepas berkahwin membabitkan kes polis dan turun naik mahkamah.
Neelofa terkait banyak kontroversi berkaitan dunia hiburan, namun, ia berbeza selepas berkahwin membabitkan kes polis dan turun naik mahkamah.

 

Mengulas perancangan untuk 2022, Neelofa berkata, dia mahu memberikan perhatian terhadap proses kelahiran anak sulungnya dalam masa yang terdekat.

“Ramai rakan selebriti baru aktif semula selepas lengkap dua dos vaksinasi dan sektor industri kreatif dibuka. Namun, fokus saya sekarang lebih kepada cahaya mata yang bakal lahir.

“Kerja dan perniagaan saya letak di tempat kedua. Saya mahu fokus kerana ini kelahiran anak pertama, tak tahu kebarangkalian yang bakal berlaku,” katanya.

Terdahulu, majlis akad nikah dan resepsi ala kayangan Neelofa dan suaminya, PU Riz bertukar tragedi apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan tetamu yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Neelofa, PU Riz dan 20 ahli keluarga dikenakan kompaun secara keseluruhan RM60,000 kerana langgar SOP dan gagal memastikan wujud penjarakan fizikal satu meter.

Belum pun reda, timbul isu lawatan kerja Neelofa dan PU Riz di Langkawi, Kedah beberapa hari selepas majlis perkahwinan. Gambar pasangan pengantin tersebar didakwa sedang berbulan madu di pulau peranginan itu.

Seterusnya, Neelofa dan suami didakwa merentas negeri. Paparan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di salah sebuah kedai di lokasi disyaki Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat