Hanya 37 Kes Positif Covid-19 Kategori 3, 4 dan 5 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia merekodkan sebanyak 1.1 peratus bersamaan 37 kes daripada 3,381 kes positif harian Covid-19, hari ini yang melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bakinya, 3,344 kes iaitu 98.9 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, kes positif hari ini menunjukkan penurunan berbanding semalam, 3,543 kes sekali gus mengatasi kes sembuh yang mencatatkan 3,447 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatatkan sedikit peningkatan apabila merekodkan 254 kes berbanding semalam, 253 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan penurunan iaitu 114 kes berbanding semalam, 130 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, enam kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,156 kluster.

“Sebanyak 182 kluster aktif direkodkan yang terus menunjukkan penurunan berbanding semalam, 190 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 5,974 kluster berbanding semalam, 5,960 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menunjukkan peningkatan sedikit apabila mencatatkan sebanyak 19 kes, berbanding semalam, 18 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,628 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak empat daripada 19 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,382 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat