Tak Wajar UMNO Putus Kerjasama Dengan Bersatu – Ahmad Faizal

- Advertisement -

CYBERJAYA – Asas perjuangan UMNO dan Bersatu adalah sama demi kepentingan agama, bangsa dan negara, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak juga menegaskan amat tidak wajar bagi UMNO memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu.

“Justeru mana mungkin mereka memutuskan hubungan dengan parti (PPBM) yang juga memperjuangkan perkara sama.”

“Mungkin ada dalam kalangan pemimpin yang mahukan perpecahan orang Melayu (tetapi) saya tidak percaya orang Melayu, secara keseluruhan, gembira dengan keputusan untuk berpecah-belah.

“Marilah kita menyatupadukan orang Melayu, jangan berpecah belah,” katanya, dipetik dari laporan FMT.

Hubungan kedua-dua parti itu tegang sejak kebelakangan ini susulan pelbagai isu yang timbul berkaitan dakwaan layanan tidak adil, ‘curi’ ahli, cubaan melemahkan UMNO dan lain-lain.

Semalam, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju membawa usul yang dikemukakan akar umbi peringkat bahagian parti itu mengenai hubungan dengan Bersatu ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung 31 Januari ini.

Antara usul-usul utama yang dibangkitkan ialah mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

Diikuti usul memutuskan hubungan dengan Bersatu semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.

Usul lain, menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat