Armada Bersatu Dakwa Orang Melayu Muak Dengan UMNO

Sultan Selangor Titah Patuh SOP, Sambut Sederhana Perayaan Thaipusam

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya sambutan perayaan Thaipusam dilakukan secara sederhana di rumah masing-masing mengikut prosedur operasi standard...

Ismail Sabri Bantu Tanggung Bayaran Sewa Rumah Siti Azizon

CYBERJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi sumbangan peribadi bagi membayar rumah sewa sebanyak RM1,000 sebulan kepada ibu tunggal...

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ternyata menyinggung ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Salah seorangnya ialah Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

“Siapa Asyraf Wajdi yang nak menuduh dan memfitnah bahawa Bersatu mencuri dan membeli orang-orang UMNO bagi menyertai Bersatu?

“Mungkin beliau baru tersedar setelah menyemak data terkini keahlian UMNO, maka memperakui sudah bahawa kini beliau sekadar menjadi ‘ketua pemuda’ kepada sebuah parti yang ahlinya bukanlah sejumlah 3 juta sepertimana yang asyik dicanang saban hari sejak 10 tahun lalu

“Parti yang telah luput keramatnya, kini sekadar sebuah parti yang semakin mengecil kerana ditinggalkan oleh orang Melayu atas ‘hak’ dan kesedaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd AShraf Mustaqim, hak ahli akar umbi dan pejuang UMNO yang tulus memperjuangkan bangsa namun bukan sahaja marah dan kecewa, malah muak dengan budaya perlakuan segelintir pemimpin UMNO seperti Asyraf Wajdi yang tak sudah-sudah dengan fitnah dan permainan sentimen kerana mahu melihat perpecahan orang Melayu.

“Asyraf Wajdi perlu bertanggungjawab atas pengesahan beliau sendiri bahawa UMNO bukan lagi pilihan orang Melayu. Maka jelas UMNO tak wajar untuk terus mencanang bahawa mereka adalah sebuah parti Melayu dominan, hanya sekadar kerana memiliki sejumlah besar kerusi dalam Parlimen menerusi kerajaan Perikatan Nasional yang dipelopor oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin atas semangat muafakat Melayu, sedang ahli teramai semakin meninggalkan mereka kerana segelintir pemimpin UMNO yang tidak jujur dalam agenda permuafakan Melayu,” uajrnya lagi.

Jika sebahagian pemimpin UMNO jujur atas agenda Melayu seperti yang dicanang, pasti dari awal mereka mendaftarkan Muafakat Nasional, kata Mohd Ashraf.

Disebabkan panik apabila akar umbi semakin muak dengan kepimpinan UMNO malah berlaku khianat dalam muafakat yang suatu masa pernah dicanang, maka jalan mudah adalah untuk terus memfitnah Bersatu.

“Rakyat dan rata-rata orang Melayu tak bodoh, dalam era Presiden UMNO pun cuba ber’tik-tok’ untuk meraih sokongan persis ‘Bossku’ dan Ketua Pemuda UMNO tak habis membaja kebencian.

“Asyraf Wajdi perlu jujur jika benar beliau bersungguh dengan agenda pemerkasaan bangsa dan pemuafakatan Melayu-Islam dengan bertanggungjawab atas fitnah beliau ke atas Bersatu dan mewakili suara menerusi sayap ARMADA, saya menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf demi kestabilan agenda pemerkasaan negara bangsa di bawah Perikatan Nasional,” katanya. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Bukit Aman Siasat Anwar Berkaitan Proklamasi Darurat – Laporan

CYBERJAYA - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilaporkan sedang menyiasat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya mengenai proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang...

15 Kluster Baru Tempat Kerja Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 di tempat kerja menjadi penyumbang tertinggi kluster baharu hari ini, yang merekodkan 15 daripada 17 kluster. Ketua Pengarah Tan Sri...

3,680 Kes Baru Covid-19, Tujuh Kematian Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak...