Nana sanggup dibenci?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cuba menampilkan kelainan, penyanyi, Siti Nordiana tidak kisah menjadi kebencian penonton apabila tampil sebagai watak wanita ‘menjengkelkan’ dalam tiga episod mini siri video muzik terbaharu berjudul Sekali Lagi.

Seperti diketahui, Siti Nordiana atau lebih mesra dengan disapa Nana memilih penyanyi, Nubhan yang juga rakan baiknya sebagai teman duetnya kali ini.

Selepas kejayaan single Satukan Rasa bersama Khai Bahar, Nana muncul dengan single duet berjudul Sekali Lagi ciptaan Sepet dan Nana. Single yang menampilkan genre pop balada, namun melodi diketengahkan sesuai dengan pasaran muzik, hari ini.

Menariknya, single Sekali Lagi terbitan syarikat Seventeen Eleven Music itu dilancarkan serentak dengan tiga episod mini siri di saluran YouTube Seventeen Eleven Music, sejak 4 Januari lalu. Episod kedua akan ditayangkan pada 11 Januari, diikuti episod ketiga yang turut menayangkan bersama video muzik rasmi pada 18 Januari ini.

Siti Nordiana menghasilkan tiga episod mini siri single Sekali Lagi atas permintaan peminat selepas kejayaan single Angkara. - Foto Seventeen Eleven Music
Siti Nordiana menghasilkan tiga episod mini siri single Sekali Lagi atas permintaan peminat selepas kejayaan single Angkara. – Foto Seventeen Eleven Music

 

Nana berkata, idea menghasilkan tiga mini siri atas permintaan peminat selepas menerbitkan empat episod untuk video muzik single Angkara, tahun lalu.

“Saya terima banyak permintaan peminat yang mahukan konsep seperti video muzik Angkara. Disebabkan sudah lama tidak menonton lakonan di kaca televisyen, jadi mereka minta video muzik Sekali Lagi dibuat dalam konsep sama.

“Bagi saya, ia sesuatu yang menarik, sekali gus dapat mengubat kerinduan peminat. Sekurang-kurangnya, tidak dapat lihat saya di kaca TV, tetapi masih boleh menonton video muzik ini. Dapat juga saya melepaskan rindu dalam lakonan,” katanya.

Cuba menampilkan kelainan dari kebiasaannya, Nana yang bertindak selaku penulis skrip berkata, dia juga terbabit dalam proses suntingan mini siri itu.

“Sebelum ini, saya hanya berlakon dalam video muzik, tetapi saya hasilkan idea. Walaupun pengarahnya, Atmin Mazid, tetapi dia bertanya kepada saya secara keseluruhan apa yang ingin disampaikan. Begitu juga ketika proses suntingan, mereka minta pandangan saya.

“Bagi saya, projek kali ini sangat istimewa. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk kerjaya saya. Dalam masa sama, saya dapat mempelajari perkara baru terutama kerja di balik tabir.

“Saya melakonkan watak wanita yang ‘menjengkelkan’ dalam mini siri ini. Saya percaya banyak momen yang dipaparkan bakal membuatkan penonton meluat dan membenci saya. Semua ini bagi disesuaikan dengan lirik yang dihasilkan,” katanya.

Berkongsi pemilihan Nubhan, Nana berkata, bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam itu mempunyai kualiti vokal bersesuaian dengan single yang dihasilkan.

“Nubhan memiliki vokal yang sesuai dengan single Sekali Lagi. Saya memang mencari penyanyi lelaki bersuara serak. Jadi, karakter vokal Nubhan ada. Lagi pula, sudah lama tidak mendengar Nubhan menyanyi dan muncul dengan single baharu.

“Apabila menawarkan projek ini, Nubhan tidak menolak, selain mahu menjadikan single duet ini sebagai kesempatan untuknya membuat kemunculan semula. Paling penting, vokal Nubhan unik dan jarang ditemui pada penyanyi lain. Jadi, ia memberikan warna berbeza,” katanya.

 

Cuba menampilkan kelainan, Siti Nordiana bertindak selaku penulis skrip dan terbabit dalam proses suntingan tiga episod mini siri itu. - Foto Seventeen Eleven Music
Cuba menampilkan kelainan, Siti Nordiana bertindak selaku penulis skrip dan terbabit dalam proses suntingan tiga episod mini siri itu. – Foto Seventeen Eleven Music

 

Nana berkata, Nubhan adalah pilihan tepat, selain kualiti vokalnya dipersetujui beberapa guru vokal lain.

“Sebelum merakamkan single dan mencari pasangan duet, saya dengar suara Nubhan terlebih dahulu. Apabila nyanyi, ramai berpendapat suara Nubhan sesuai. Malah, apabila diperdengarkan kepada guru vokal, mereka juga bersetuju.

“Sejujurnya, Nubhan memang pilihan pertama. Saya pun tak tahu macam mana boleh terfikir Nubhan. Saya akuinya

dapat apa yang diinginkan selepas merakamkan single ini pada Oktober, tahun lalu,” katanya.

Katanya, single Sekali Lagi memiliki melodi yang mudah diterima pendengar, harapnya ia dapat diterima baik seperti lagu-lagu yang dihasilkan sebelum ini.

“Jika dengar muzik single ini sangat segar. Kali pertama Sepet memperdengarkan kepada saya, ada bahagian dalam lagu ini terus menangkap telinga dan jiwa saya. Ia membuatkan saya tertarik menyiapkan single ini.

“Jadi, saya berharap pendengar juga akan dapat merasai perkara sama. Dengar single Sekali Lagi pasti akan jatuh cinta. Saya tidak sabar menantikan reaksi peminat. Semoga single ini boleh pergi lebih jauh,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat