Xiaomi sudah merancang sejak 2015 untuk mengeluarkan pengecas dalam kotak

- Advertisement -

Setiap inovasi yang dilakukan oleh Apple pastinya menjadi jejak ‘trend’ untuk kebanyakan syarikat pengeluar telefon pintar dan kini konsep kotak tanpa pengecas sudah diikuti oleh beberapa pengeluar lain.

Walaupun kebanyakan pengguna kurang bersetuju dengan langkah berkenaan kerana membabitkan kos tambahan kepada pengguna untuk membeli pengecas baru, tetapi langkah itu dilihat mesra alam sekitar daripada perspektif pengeluar.

Terbaru, Xiaomi menyatakan bahawa langkah mereka untuk mengeluarkan pengecas daripada pek kotak untuk peranti baharu tidak mengikut jejak Apple sebaliknya perkara itu sudah dirancang sejak 2015 lagi.

Xiaomi melancarkan peranti kelas perdana mereka iaitu Mi 11 dengan penampilan pek kotak baharu yang lebih nipis tanpa disertakan pengecas didalamnya.

Menerusi satu portal teknologi antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun berkata, langkah untuk mengeluarkan pengecas daripada pek kotak peranti baharu itu sudah dirancang sejak 2015.

Menurutnya, ia juga sebahagian daripada strategi syarikat itu untuk membekalkan peranti pintar yang lebih mesra alam tanpa menggunakan banyak elemen unik bumi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat