Projek HSR KL-Singapura Tak Penting – Mahathir

Ahli Parlimen Jelebu Sambut Baik Pakej Bantuan Permai

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Haji Jalaludin Alias dalam satu kenyataan, mengucapkan terima kasih atas pengumuman pakej bantuan Permai oleh Perdana Menteri, Tan Sri...

Kapal Pelantar Minyak Karam

KUALA TERENGGANU: Sebuah kapal pelantar minyak M V Setia Kilas dilaporkan tenggelam di muara Kuala Terengganu, 11 pagi hari ini setelah hanyut dan merempuh...

COVID-19: Pengedaran Vaksin Tidak Saksama Ancaman Buat Negara Miskin – WHO

GENEVA: Tidak adil bagi populasi muda dan berkemampuan di negara kaya mendapat vaksin berbanding warga emas di negara miskin. Tegas Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros...

Tujuh Lelaki Ditahan Halang Dan Maki Anggota Polis

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung...

Bantuan RM500: Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan...

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura bukan projek yang penting kerana kos yang terpaksa dikeluarkan melebihi penjimatan tempoh masa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, projek ilham Datuk Seri Najib Razak itu boleh ditangguhkan antara 10 hingga 20 tahun lagi.

“Kita boleh tunggu 10, 20 tahun lagi kerana sistem ini kena pergi jauh (jaraknya) baru kita dapat menjimatkan masa.

“Ini cuma 230 kilometer saja. Paling banyak boleh dijimatkan adalah kira-kira 15 minit.

“Untuk tempoh 15 minit anda perlu membayar lebih banyak lagi. Yang paling teruk, kos untuk membina HSR adalah kira-kira RM80 bilion, kita tidak dapat balik duit itu,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Januari lalu menerusi kenyataan media bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan projek HSR telah ditamatkan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia selepas tempoh penangguhan perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember lalu.

Projek usaha sama antara Malaysia-singapura itu dicadangkan semasa pentadbiran Najib pada September 2010.

Untuk rekod, pembinaan projek HSR pernah dua kali ditangguhkan sejak perjanjian dua hala Malaysia dan Singapura dimeterai pada Disember 2016.

Penangguhan kali pertama sehingga Mei lalu menyaksikan Malaysia membayar kos penangguhan sebanyak RM45 juta kepada republik berkenaan.

Kos keseluruhan projek HSR untuk laluan sejauh 350 kilometer dianggarkan menelan belanja RM110 bilion. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Pemimpin PKR Gesa UMNO Kerjasama Dengan PH

KUALA LUMPUR – Penjajaran politik baharu yang melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO wajar dibincangkan oleh kedua-dua pihak meskipun terdapat penyokong kedua-dua parti kurang...

Beberapa Individu Bakal Ditahan Bantu Siasatan Isu Kartel Daging – SPRM

PUTRAJAYA - Beberapa lagi individu bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kartel daging sejuk beku. SPRM dalam kenyataannya berkata, sejak...

i-Sinar Kategori 2 Terima Bayaran Interim Sehingga RM1,000 Mulai 26 Januari – KWSP

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM1,000 daripada jumlah...