Nazir Tun Abdul Razak dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang – MB

- Advertisement -

KUANTAN: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Berhad, Tan Sri Nazir Tun Abdul Razak dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN).

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Jelas Wan Rosdy lagi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagai Sekretariat MPEN.

“Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang (MPEN) yang berkuat kuasa 1 Disember 2023 untuk tempoh dua tahun.

“MPEN dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamed Nazir bin Tun Abdul Razak dan turut dianggotai 9 orang lagi ahli iaitu dua orang anggota EXCO Kerajaan Negeri, dua orang Pegawai Kanan Negeri, bersama lima lagi ahli,

“Di samping itu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dilantik sebagai Sekretariat MPEN,” kata Wan Rosdy menerusi Facebooknya, pada Rabu.

Kata Wan Rosdy, MPEN ditubuhkan agar Kerajaan Negeri dapat menggabungkan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya daripada sektor swasta dan Kerajaan Negeri bagi membantu mempercepatkan ke arah ekonomi negeri yang mampan, dengan fungsinya untuk merancang dan menggubal Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang untuk tempoh lima tahun.

MPEN juga bertanggungjawab memberi nasihat strategik tentang peluang-peluang pembangunan ekonomi, cabaran dan perkembangan ekonomi baharu yang memberi fokus kepada pembangunan industri, inovasi tarikan pelaburan, perdagangan, pembangunan wilayah dan pembangunan tenaga kerja, jelasnya lagi.

Selain Tan Sri Nazir, turut dilantik YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Profesor Dr Noorul Ainur binti Mohd Nur.

“Saya berharap dengan penubuhan MPEN, sektor ekonomi Negeri Pahang akan terus dapat dipacu dengan lebih baik, komprehensif serta berdaya saing untuk menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju,” katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat