Konsert ‘Semalam Di Malaya’ Sweet Charity bakal pecah panggung pada 26 Januari Depan.

- Advertisement -

Sudah lima dekat di dalam pesada seni tanah air, kumpulan legenda yang diberi nama Sweet charity bakal mengembalikan nosltalgia buat peminat yang berada di Ibu Kota.

Konsert yang diberi nama Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association bakal berlangsung selama hampir tiga jam pada 26 Januari 2024 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang bakal berlangsung bersempena 55 ulang tahun penubuhan mereka, Sweet charity yang diterajui oleh Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).

Kumpulan yang pernah di ban di negeri Johor kerana peminat yang ingin melihat persembahan mereka terlalu luar biasa ramai menyebabkan kadaaan tidak terkawal sehingga berlakunya peristiwa panggung runtuh pada waktu itu.

Itulah nostalgia yang susah untuk dilupakan oleh kumpulan legenda ini yang telah mengharungi jatuh dan naiknya mereka di dalam industry muzik tanah air selama 55 tahun.

Pada kali ini dengan keadaan yang lebih terkawal sweet Charity bakal mengembalikan lagu lagu mereka yang selalu didengari di corong corong radio dan sentiasa menjadi siualan buat peminat.

Datuk Ramli Sarip berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

“Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena. Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.

“Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.

“Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media.

Biar pun tidak kembali ke stadium, menurut Ramli, Zepp Kuala Lumpur dengan kapasiti 2,500 orang itu berupaya memenuhi jangkaan persembahan kerana lokasi itu ada formula untuk mendukung sesebuah konsert, daripada suasana ke akustiknya, malah chemistry.

Beliau malahan tidak mengenepikan kemungkinan untuk konsert yang mengenakan bayaran tiket pada kadar serendah RM180 itu berlanjutan dua hari.

“Penganjur ini, saya lihat, mahu buat sesuatu yang mereka lalui, ketika mereka membesar, namun memberi kebebasan untuk kami mengekspresikan seni. Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity ini sememangnya tidak harus dilepaskan peminat.

“Kerana Sweet Charity, persembahannya ada roh dan semangat yang tersendiri, seperti mana-mana band apabila sampai pada kedewasaannya. Mudah-mudahan persembahan kami lebih dewasa dengan perasaaan,” tambahnya.

Kuala Lumpur, kata Ramli, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan Sweet Charity yang sebelum ini, tampil dengan dua konsert berskala besar, masing-masing di Johor Bahru dan Singapura, tahun ini.

“Sama tapi tak sama,” kata Ramli, merujuk perbandingan dengan konsert di Singapura, baru ini.

“Persembahan di Kuala Lumpur akan lebih padat, malah ada peminat yang sudah menonton di Singapura, mahu ke Kuala Lumpur juga.

“Gaya persembahan, tentunya akan memberikan kelainan kerana Sweet Charity ada aura tersendiri, kekuatan tersendiri. Orang sukakan Sweet Charity kerana persembahan livenya dan itulah yang menjadi kekuatan kami selama lebih 50 tahun ini.

“Sweet Charity tidak begitu dipengaruhi oleh apa-apa kerana pada masa itu, pada era akhir 60an, tiada video, VHS pun tiada. Jadi kami mencipta identiti sendiri, membawa muzik rock, memberikan apa yang kami rasa, perasaan waktu membuat persembahan itu.

”Bagi apa jua yang dirancang, kata Ramli lagi, apa yang diharapkan tentulah kesihatan yang baik buat semua anggota Sweet Charity walaupun pada sebahagian masa, mereka perlu akur dengan cabaran dalam perjalanan.

“Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri. Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya pelapis.

Tiket berharga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box boleh didapatkan dengan melayari www.ilassotickets.com.my atau hubungi hotline +60 11-1329 7822

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat