PM Muhyiddin Hadiri Persidangan DUN Johor

- Advertisement -

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini, atas kapasitinya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir.

Presiden Bersatu itu tiba di Bangunan Sultan Ismail pada 11.20 pagi, disambut oleh Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Azmi Rohani, sebelum masuk ke dalam dewan dan ke tempat duduknya yang bersebelahan dua bekas menteri besar, iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Mengikut aturan mesyuarat, hari ini merupakan hari terakhir DUN Johor bersidang dengan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad menggulung perbahasan Belanjawan Johor 2021 sebelum rang undang-undang itu dibuka untuk undian ADUN bagi kelulusan.

Persidangan DUN Johor bermula pada 26 Nov lepas dengan pembentangan Belanjawan Johor 2021 yang bertemakan ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat