Wan Rosdy Sangkal Dakwaan PH, PN ‘Undi BN Untuk Zahid’

- Advertisement -

RAUB: Pengerusi Barisaan Nasional (BN) Negeri Pahang Dato Sri’ Wan Rosdy  Wan Ismail menyangkal dakwaan propaganda parti lawan kononnya undi BN satu undi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Tegasnya, ianya satu fitnah dan mereka pihak lawan tiada modal bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Wan Rosdy meminta rakyat tidak percaya dengan fitnah dan propaganda pihak lawan bagi menyemai kebencian kepada BN.

“Jangan percaya dengan mereka ini, sudah terbukti mereka bercakap tidak pernah betul,

“Dulu masa PRU-14 mereka berjanji macam-macam, hapus tol, hapus hutang PTPTN,

“Mereka suka menabur fitnah sebab mereka tidak ada modal.” kata Wan Rosdy selepas mengadakan perjumpaan jentera BN Raub, di sini, sebentar tadi.

Ditanya mengenai strategi, beliau berkata akan membawa imej baik kerajaan dan meneruskan usaha-usaha BN buat demi kesejahteraan rakyat.

Ujarnya lagi, rakyat boleh menilai apa usaha kerajaan BN buat untuk mereka.

“Kita tak berjanji bulan dan bintang, tetapi rakyat Pahang boleh nampak apa yang diusahakan kerajaan negeri,

“Kurangkan hutang kerajaan negeri kepada pusat nampak, peningkatan hasil pendapatan negeri nampak, kebajikan nampak, dan kita akan pertingkatkan lagi usaha dan inisiatif jika BN masih diberi kepercayaan mentadbir negeri Pahang.”jelasnya lagi.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat