Kalau Nak Tukar Calon PM Kena Lalui MT, PAU – Ismail Sabri

- Advertisement -

KEMAYAN – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kempen pembangkang “undi BN, undi Zahid jadi PM” hanyalah momokan pihak lawan sedangkan ia adalah tidak benar.

Tegasnya, sehingga hari ini beliau masih lagi calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya dah banyak kali betulkan persepsi ini.Setakat hari ini parti masih berpegang kepada ketetapan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“Selagi tak ‘reverse’ dalam mesyuarat itulah ketetapannya. Kalau nak ubah pun (calon PM) mesti lalui MT dan PAU. Lain-lain itu cuma kempen-kempen saja,” jelas Naib Presiden Umno itu.

Perkembangan lain, Perdana Menteri menyatakan beliau tidak akan mengguna pakai strategi kempen menyerang peribadi lawan.

Fokus beliau ialah mendekati pengundi dan menghebahkan tawaran produk kepada rakyat jika pilih BN jadi kerajaan.

“Serangan, taktik strategi lama. Pengundi baru tak suka dengar serangan peribadi serangan yang tak tepat. Kita kempen bersandarkan fakta.

“Kalau pilih kerajaan ini mereka tahu apa yang mereka akan dapat. Saya tak fokus serang sesiapa.

“Apa yang kita bagi kepada rakyat, apa produk kita tawarkan. Strategi itu rakyat nak dengar, mereka matang dan bijak,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat