PM Kempen Secara Harmoni, Elak Serang Peribadi Lawan Hingga Cetus Dendam

- Advertisement -

KEMAYAN – Penyandang Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan pencabarnya untuk mempraktikkann kempen sihat tanpa serangan peribadi yang melampau.

Jelas beliau, setiap calon boleh menjual produk masing-masing kerana pada akhirnya rakyat yang akan menentukan undian pada 19 November ini.

“Jadi kita kekalkan semangat keharmonian, semangat kekeluargaan di Bera ini kita teruskan.

“Kempen lah, jangan serang peribadi sehingga menimbulkan rasa kecil hati dan dendam berpanjangan. Itu pesan
saya kepada calon-calon pencabar.

“Kita jual produk masing-masing. Berilah janji masing-masing, terserah kepada rakyat untuk menerima sama ada mereka percaya kepada kita atau tidak,” ujarnya.

Ismail Sabri berkata demikian mengulas pertemuan mesranya dengan calon lawan ketika melakukan walkabout di Pasar Kerayong pagi tadi.

“Saya beritahu dia sebelum ini kita dah kenal baik pun, sama- sama kita pun kita kenal lama.

“Bera bukannya ada 5 juta penduduk, jadi kita kenal lah. Ada yang sekolah sama-sama, rakan sepermainan satu kampung.

“Jadi saya kata kita ada dua minggu saja untuk berkempen jangan selepas dua minggu kita dah tak baik kerana serangan-serangan peribadi dan kempen yang melampau. Sekarang kita baik tiba-tiba dua minggu kita berkempen dah tak baik pula,” ujarnya.

Perdana Menteri mengingatkan bahawa usai saja Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kehidupan akan kembali seperti sedia kala.

“Selepas 19 hari bulan, 20 November kita akan hidup seperti biasa… seperti dulu dulu.

“Saya kata jangan jadikan dua minggu ini untuk kita berpecah-pecah,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat