Letak Calon Lawan GPS Di Sarawak, Abang Johari Selar PN Mungkir Janji

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang mengetuai Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyelar Perikatan Nasional (PN) kerana mungkir janjinya tidak bertanding di kerusi Sarawak pada pilihan raya umum ke-15.

Beliau dipetik Borneo Post sebagai berkata, gabungan itu melanggar perjanjian antara kedua-dua parti.

Ketika krisis politik di Semenanjung Malaysia, Abang Johari berkata, PN meminta bantuan GPS untuk menyokong gabungan itu apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri.

“Tetapi kini, pilihan raya sudah tiba dan mereka memutuskan untuk menghantar empat calon bertanding menentang GPS. Janji perlu ditepati,” katanya dalam satu majlis.

Beliau berkata, hanya melalui parti tempatan Sarawak, kerajaan dapat melindungi kepentingan negeri itu.

“Tidak ada kompromi. Jika anda datang, kami akan lawan anda demi masa depan generasi muda kami,” katanya

Rabu lalu, PN mengumumkan ia akan bertanding empat kerusi Parlimen di Sarawak, iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.

Abang Johari turut menggesa pengundi Lubok Antu membuat pilihan tepat kerana GPS akan memastikan pembangunan berterusan di kawasan itu.

Rakyat Malaysia akan mengundi pada 19 Nov ini, dengan pengundian awal pada 15 Nov. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat