BN Tak Akan Pinggir Orang Asli Seperti PH – Ismail Sabri

- Advertisement -

BERA – Masyarakat Orang Asli tidak sesekali akan dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti mana telah di turun taraf oleh Pakatan Harapan (PH) sewaktu memegang tampuk kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi Bajet 2023 kerajaan telah memperuntukkan RM305 juta bagi meningkatkan taraf hidup dan bantuan sosial untuk memajukan masyarakat Orang Asli.

Jelas penyandang Parlimen Bera itu, tiga fokus utama kerajaan kepada melalui Bajet 2023 ialah peningkatan taraf hidup Orang Asli membabitkan pembangunan infrastruktur perkampungan Orang Asli, pendidikan dan juga usaha meningkatkan pendapatan mereka.

“Peruntukan Bajet 2023 ditanmbah daripada RM274 juta kepada RM305 juta. Menyentuh soal fokus pembangunan infrastruktur di perkampungan Orang Asli, kita tahu banyak yang perlu dilakukan lagi terutamanya di kawasan perkampungan Orang Asli melibatkan kampung serpihan.

“Kampung serpihan menjadi masalah besar ialah kerana kadang-kadang mereka bina kampung baru di kawasan terpencil. Tak macam Kampung Sungai Tuang ini, kampung dah besar, dah cantik dengan infrastruktur dan sebagainya. Jadi itu banyak kampung-kampung baru yang kita perlu bangunkan lagi,” katanya ketika sidang media selepas menyantuni pengundi Orang Asli di Sungai Tuang pada Ahad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau akan terus memperjuangkan isu pendidikan agar anak-anak Orang Asli tidak tercicir daripada mendapat pendidikan terbaik.

“Kerajaan berpandangan dari dulu lagi sewaktu BN jadi kerajaan dan saya menjawat Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) waktu dulu dikenali Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) di mana Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) terletak di bawah KPLB atau KKLW ketika itu.

“Fokus kita pendidikan yakni untuk mengurangkan keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli dari peringkat sekolah rendah, sekolah menengah ke peringkat lebih tinggi. Malah di bawah MARA misalnya ada program khas untuk menghantar anak-anak Orang Asli ke luar negara dengan biasiswa penuh dan sasaran kita 10 orang setiap tahun,” ujarnya.

Seterusnya beliau juga mahu meningkatkan pendapatan Orang Asli dengan melaksanakan Projek Tanaman Semula Ladang Orang Asli merangkumi kerja-kerja penanaman semula getah dan kelapa sawit.

“Bajet 2023 juga diperuntukkan membangunkan usahawan di kalangan belia masyarakat Orang Asli menerusi peruntukan khas, latihan kemahiran dan untuk kita bangunkan masyarakat Orang Asli.

“Itu bezanya waktu PH mereka ‘downgrade’ JAKOA, sebelum ini diletakkan di bawaah Jabatan Perpaduan akibatnya fokus sangat kurang kepada Orang Asli. Apabila kita ambil alih letak balik JAKOA di bawah KPLB,” jelas Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat