Perdana Menteri Payung Utama Orang Asli Berteduh – Tok Batin Sungai Tuang

- Advertisement -

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ibarat payung utama tempat masyarakat Orang Asli berteduh.

Tok Batin Kampung Sungai Tuang, Berahim Busu, 63, berkata, Ismail Sabri sejak awal menjadi wakil rakyat di Bera sehinggalah diangkat ke jawatan nombor satu negara telah memberikan khidmat terbaik buat masyarakat Orang Asli.

“Kami masyarakat Orang Asli di sini, sejak Ismail Sabri jadi wakil rakyat sehingga kini jadi Perdana Menteri memang kami puas hati.

“Perdana Menteri adalah bumbung utama kita, tempat kita berteduh, tempat kita berlindung.

“Bukan saya cakap ini untuk perhatikan Orang Asli semata-mata, orang lain tak peduli jangan begitu itu. Saya harap jika beliau (Ismail Sabri) menang lagi… beliau akan usahakan semua harapan-harapan Orang Asli,” katanya ketika ditemui media di Sungai Tuang pada Ahad.

Berahim juga menitipkan pesan buat pemimpin-pemimpin lain sekiranya dipilih agar tidak meminggirkan rakyat termasuk juga masyarakat Orang Asli.

“Tak kisah Orang Asli, tak kisah Melayu atau Cina kita semua satu bumbung,” katanya yang menjadi ketua kampung buat 300 penduduk di kampung itu.

Malah beliau juga memberitahu, Ismail Sabri telah membantu mereka mewartakan tanah kebun yang diusahakan mereka.

“Tanah telah diwartakan tapi belum lagi diperhalusi untuk diletakkan pancang batu sempadan… tapi dah warta dalam pelan kampun Orang Asli jadi kami berpuas hati,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat