Jumlah Tertinggi 1,755 Kes Baru Covid, 1,199 Jangkitan Direkodkan Di Sabah – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah tertinggi apabila mencatatkan 1,755 kes dan dua kematian menjadikan jumlah keseluruhan 38,189 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,755 kes baharu itu, tiga kes membabitkan kes import iaitu satu kes dari Arab Saudi, satu kes dari Afrika Selatan dan satu kes dari Myanmmar.

Beliau berkata, daripada 1,752 kes penularan di dalam negara, empat kes adalah pengunjung pulang dari Sabah menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 lalu adalah 483 kes.

“Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,199 kes diikuti Pulau Pinang (192 kes), Selangor (164 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (59 kes), Negeri Sembilan (45 kes) dan Kedah (19 kes).

“Selain itu, Perak (18 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (17 kes), Sarawak (17 kes), Wilayah Persekutuan Putrajaya (9 kes) Terengganu (8 kes), Johor (3 kes) dan Melaka (2 kes).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 11,530 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya menerusi kenyataan media berkaitan Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 726 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 26,380 kes atau 69.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, daripada maklumat terkini dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19.

Katanya, justeru jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 279 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,559FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat