Najib Gembira Elaun Nelayan Naik Jadi RM300, Puji Insentif Latihan Amali Graduan

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

i-Sinar: Manfaatkan Ketika Saat Getir

Kuala Lumpur: Pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan skim i-Sinar dapat dimanfaatkan sebagai 'wang sokongan' untuk kegunaan saat getir...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyambut baik Belanjawan Negara 2021 yang menyediakan insentif kepada mana-mana majikan swasta yang mengambil graduan universiti untuk menyertai program perantiasan.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha itu sangat dipuji bagi menggalakkan majikan swasta terus melatih graduan dalam sektor pekerjaan.

“Ini bagus! Majikan akan diberi insentif bulanan RM1,000 untuk setiap graduan baru yang mereka ambil bekerja selama tiga bulan untuk latihan amali,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan Negara 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.

Di bawah Pembangunan Belia dan Sukan, kerajaan menyediakan insentif kepada majikan swasta sebanyak RM1,000 sebulan sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Sebagai tambahan, majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut.

Program itu dijangka memanfaatkan sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta.

Sementara itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyambut baik langkah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menambah kadar elaun bulanan kepada komuniti nelayan yang pernah dilakukan Kerajaan BN sebelum ini.

“Alhamdulillah…Elaun bulanan untuk nelayan akhirnya dipulihkan ke RM300 seperti masa BN setelah dipotong Pakatan Harapan (PH),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan