BELANJAWAN 2021: Elaun Guru Takmir Naik Kepada RM900

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kerajaan mengumumkan kenaikan elaun Guru Takmir daripada RM800 kepada RM900 sebulan.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ianya bagi menghargai jasa 4,000 Guru Takmir sebagai pengerak komuniti di peringkat kariah.

“Dalam pada itu, kerajaan akan turut memberi bayaran Khas one-off sebanyak RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, guru Takmir dan guru KAFA,” kata Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021 petang tadi.

Pemberian ini adalah sebahagian dari RM1.4 bilion peruntukan bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

“Peruntukan ini termasuk memperkasa pengurusan wakaf melalui kerjasama antar Yayasan Waqaf dengan agensi-agensi kerajaan (GLIC). Pelan Induk Wakaf Nasional akan dibentuk bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap dan dapat memaksimumkan mobilisasi aset waqaf pada masa hadapan.”

Selain itu, PNB melalui Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNB akan memperkenalkan perkhidmatan waqaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB. Pemegang unit boleh mewakafkan sebahagian unit mereka ke dalam tabung waqaf dan merela layak mendapat potongan cukai pendapatan. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat