COVID-19: Satu PKRC tambahan dibuka di Kinabatangan – Masidi

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

Vaksin: Top Glove Jangka Permintaan Sarung Tangan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan bagi tujuan pemeriksaan akan meningkat dua kali ganda apabila vaksin COVID-19 dapat disediakan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Maradona Si Pemilik ‘Tangan Tuhan’ Meninggal Dunia

CYBERJAYA: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Tigre, lapor Daily Mirror. Maradona, 60, menjalani pembedahan membuang darah...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuka satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) tambahan di Dewan Sukau dan Rekreasi Kinabatangan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi dalam kenyataannya berkata PKRC tambahan itu telah mula beroperasi pada Rabu (4 Nov).

Dalam perkembangan berkaitan, Masidi yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata sebanyak 7,994 katil disediakan di PKRC dan 939 katil di hospital COVID-19, menjadikan keseluruhan berjumlah 8,933 katil dengan 36.46 peratus daripadanya digunakan pada hari ini.

Sementara itu, Masidi berkata, seramai enam pegawai perubatan pakar tambahan akan ditempatkan masing-masing di Hospital Duchess of Kent Sandakan, Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau.

“Seramai 16 pegawai perubatan juga akan ditempatkan di Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Hospital Tawau, manakala 14 jururawat lagi akan ditempatkan di Hospital Tawau,” katanya.

Setakat ini, JKNS menerima seramai 459 petugas barisan hadapan menerusi program mobilisasi sumber manusia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu Sabah membendung COVID-19.

Daripada jumlah itu, seramai 260 jururawat, 141 pegawai perubatan, manakala selebihnya iaitu 58 orang adalah pegawai perubatan pakar, katanya.

“KKM sentiasa prihatin terhadap keperluan JKNS dalam memastikan perkhidmatan dan rawatan di hospital berada pada tahap optimum,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi menggesa semua pihak memberi kerjasama padu dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard selain mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Kerajaan negeri sentiasa komited untuk memberi perkhidmatan terbaik termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan sumber informasi tepat, katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata kes baharu COVID-19 di seluruh negara masih mencatatkan angka empat digit iaitu 1,009 kes dengan Sabah kekal sebagai penyumbang tertinggi iaitu 564 kes.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Berita Berkaitan

Lega Sudah Bebas PKPD

SEPANG: Berakhirnya kepungan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 12.01 tengah malam tadi, melegakan penghuni di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, di sini. Tinjauan...

COVID-19: SOP Baharu Pengembara Sabah Didorong Penurunan Kes – KP Kesihatan

PUTRAJAYA: Kadar penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten dicatatkan di Sabah merupakan antara faktor yang dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melonggarkan prosedur...

Ahli Parlimen BN Bertanggungjawab Sokong Belanjawan 2021 – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong Belanjawan 2021 diluluskan di Dewan Rakyat esok. Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa,...