Sultan Johor berkenan terima taklimat isu keselamatan negara

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Istana Flintstones, dekat Mersing.

Menerusi hantaran berserta gambar di dalam laman Facebook Sultan Johor, dalam pertemuan bersama baginda itu Hamzah mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di dalam dan juga luar negara.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Menurut hantaran itu, Hamzah turut mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di Johor termasuk perkembangan terkini situasi COVID-19 di negeri ini.

– BERNAMA

Sumber gambar: FB rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat