Puad label Pas parti sloganis, sesuai jadi semak dan imbang saja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pas didakwa hanya sesuai menjadi parti semak dan imbang sahaja.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi malah melabel Pas sebagai parti sloganis.

“Pas parti sloganis. Antara slogan Pas ialah “membangun bersama Islam” dan “Islam memimpin”. Tetapi Pas gagal membuktikannya walaupun ia memerintah Kelantan begitu lama.

“Alasan Pas ialah ia dihalang oleh Kerajaan Pusat. Pas pernah duduk dalam Kerajaan Pusat semasa dalam Perikatan Nasional (PN). Itu pun Pas gagal bukti apa apa melalui jawatan menteri yang mereka pegang,” dakwa Speaker DUN Johor itu lagi.

Justeru Puad membangkit persoalan “bolehkah Pas kembali dalam Kerajaan Pusat supaya mereka dapat peluang kedua?

“Tidak mustahil. Tapi melihat cara Pas berpolitik ia amat sukar.

“Pas bergabung dengan parti Melayu yang bergantung kepada kekuatan Pas sendiri. Bersatu makin malap. Ia gagal mengganti Umno. Pas perlu sokongan bukan Melayu. Sedangkan Gerakan hanya parti nyamuk.

“Justeru sampai bila Pas menjadi parti sloganis? Pas kata “Bukan budaya Pas cakap kasar, sakitkan hati jika tak setuju”. Tetapi pemimpin Pas suka keluar kata kesat seperti bodoh, dajal dan syaitan bisu. MB Selangor dihina “tidak cukup inci”.

“Lebih baik Pas kekal sebagai parti “semak dan imbang” sahaja,” kata Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat