Takut kalah teruk, PAS kambing hitamkan Bersatu di Mahkota? – Nur Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS didakwa tidak sanggup dimalukan lagi, justeru menempatkan calon dari Bersatu di kubu kuat Umno dan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa Bersatu cuma jadi ‘kambing hitam’ untuk PAS kali ini di Mahkota.

“Nampaknya, selepas kekalahan yang pahit di DUN Nenggiri, PAS mungkin sudah hilang semangat untuk berjuang. Mereka kalah teruk di PRK DUN Nenggiri dan kini PAS takut nak letak calon di PRK DUN Mahkota. Kenapa? Takut kalah lagi. Nak tambah koleksi kekalahan dua kali berturut-turut? Bunyinya macam PAS dah tak sanggup dimalukan lagi.

“DUN Mahkota, sebuah kubu kuat Umno dan PH, ia sudah lama menjadi mimpi ngeri buat PAS dan PN. Jadi, apa strategi mereka kali ini? Cara paling senang dan selamat untuk PAS ialah bagi kerusi itu pada Bersatu, kononnya nak tunjuk kesepakatan dalam PN.

“Tapi, semua orang tahu hakikatnya, PAS takut nak bertanding. Sedangkan ada parti lain yang bergasak-gasak nak claim bertanding di DUN Mahkota biarpun tak ada kekuatan dan arwah YB baru je meninggal, tiba-tiba PAS pula ‘baik hati’ bagi laluan kat Bersatu.

“Bagi saya, Bersatu pun kalau diberi peluang bertanding, bukan mereka tak tahu nasib mereka. Mereka cuma jadi ‘kambing hitam’ untuk PAS kali ini,” dakwa Nur Jazlan dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Ketua Umno Bahagian Pulai itu malah membidas sekiranya kalah nanti, PAS boleh lepas tangan.

“Sambil menyelam, minum air. Bersatu dapat malu, PAS selamat nama. Itulah perangai puak-puak lebai PAS yang cukup terkenal sebagai penunggang agama dan pemanggang sahabat. Di Nenggiri sebelum ni, PAS boleh pula hantar calon walaun berjenama Bersatu untuk bertanding pasal ingat boleh menang.

“PAS nampaknya lebih licik dengan keputusan sendiri untuk jadi penonton daripada jadi pemain. Mungkin mereka dah tahu, dalam perlawanan ini, mereka cuma akan jadi ‘benchwarmer’—tak berani masuk padang, takut kalah teruk.

“PAS mungkin boleh lari dari DUN Mahkota, tapi bayangan kekalahan mereka di DUN Nenggiri akan terus menghantui. Untuk elak dilabel sebagai kecut telur di Mahkota , PAS pusing-pusing lagi buat cerita sembang kari nak bertanding pula di Sabah, kawasan di mana mereka lagi tak laku.

“Kalau ada anugerah untuk parti pedajal paling bijak dan pencari kambing hitam, PAS dah tentu menang besar! Dari dulu lagi, mereka pandai cari jalan keluar bila keadaan tak menyebelahi mereka,” dakwa Nur Jazlan lagi.

Tambah beliau, Umno sendiri pun pernah rasa macam mana jadi mangsa dajal PAS dan jadi kambing hitam dalam Muafakat Nasional (MN).

“Masa sama-sama kalah PRU14 dulu, (Tan Sri Abdul) Hadi Awang beriya-iya sambut tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk bentuk permuafakatan kononnya atas nama Islam dan Melayu. Menangis-nangis masa tandatangan Piagam MN dan berpelukan erat di pentas yang sama.

“Ketika itu sama-sama jadi pembangkang kepada Kerajaan PH 22 bulan. Tapi bila masing-masing bersama sebagai rakan dalam Kerajaan PN bersama Bersatu, PAS mula buat perangai. Puncanya satu saja; sebab Muhyiddin dan Bersatu pandai suap PAS dengan dana yang banyak. Apa lagi pak lebai ini kalau bab poligami dan money (wang), memang mereka mudah gelap mata. Nafsu mereka terus membuak-buak.

“Selepas itulah PAS mula tak sehaluan dengan Umno dan jadi pak turut kepada Bersatu. Disebabkan godaan harta duniawi, ulamak PAS terus tewas dan cair. Hadi mula main ilmu pedajal. Dia suruh pilih antara ajak Bersatu join MN atau Umno-PAS putus hubungan.

“Dan jahatnya permainan politik dajal Hadi, dia dah tau Umno tak mungkin bersahabat dengan Bersatu yang merupakan pengkhianat besar kepada parti Umno; sebab tu Hadi letak syarat macam tu. Itu salah satu taktik Hadi nak putuskan hubungan dengan Umno dan nak bersama Bersatu – jadi dia gunakan alasan itu untuk kambing hitamkan Umno.

“Lepas saja hubungan Umno-PAS dalam MN putus secara rasmi, Hadi terus tuduh Umno yang khianati perjanjian, kononnya Umno tak utamakan perpaduan Melayu dan tak mahu perjuangkan Islam bersama PAS serta Bersatu dalam MN. PAS guna taktik kotor untuk sucikan diri mereka daripada dosa-dosa meruntuhkan kerjasama MN dan untuk tutup aib mereka jadi parti belaan Bersatu ketika itu.

“Dan ketika bersama Bersatu selepas PRU15 dan PRN, bila PAS menang besar di Kelantan, Terengganu dan Kedah…mereka mula dabik dada. Yalah, masa tu Bersatu sudah pokai bila kantoi kes Jana Wibawa dan tak mampu lagi bela PAS dengan penuh kemewahan macam sebelum tu, jadi PAS jalan berkepak,” dakwa beliau lagi.

Ujar Nur Jazlan, PAS pedajal pula Bersatu dengan tak beri jawatan kepada wakil Bersatu di tiga negeri itu atas alasan Bersatu kalah teruk pada PRN.

Dakwanya, Bersatu jadi kambing hitam sehingga sekarang. Tapi Bersatu tak pernah serik sebab mereka sendiri pun macam hidup segan mati tak mahu dalam politik Malaysia hari ni.

Kata Nur Jazlan, kali ini, PAS nampaknya teruskan tradisi itu di DUN Mahkota.

“Selepas kekalahan yang memalukan di DUN Nenggiri, di mana mereka letakkan bekas ahli PAS yang sertai Bersatu sebagai calon tapi guna lambang PAS, nampaknya PAS tak serik-serik guna taktik yang sama.

“PAS memang tahu main game politik ni. Mereka bijak manipulasi orang lain demi menjaga kepentingan sendiri. Kambing hitam? Oh, itu memang spesialisasi mereka.

“Bersatu ni pula, macam dah biasa sangat jadi alat. Sebab itu di Mahkota ni PAS terus saja serah bulat-bulat pada Bersatu. Bila kalah nanti, boleh la PAS buat muka tak bersalah.

“Politik PAS ni macam permainan catur. Mereka tahu bila nak letak buah catur depan supaya mereka tak kena checkmate. Cuma masalahnya, Bersatu ni nampaknya rela saja jadi buah catur tu dan bodoh. Tak sedar ke yang PAS ni asyik mainkan mereka? Atau mungkin Bersatu pun dah tak kisah, asalkan ada peranan, walaupun sekadar jadi kambing hitam,” dakwanya.

Bagaimanapun kata Nur Jazlan, apa pun semua tahu, PAS memang pakar dalam hal ini yakni mereka pandai pusing cerita, pandai buat fatwa dan pandai cari scapegoat.

“…Dan kali ini, Bersatu lah yang jadi mangsa seterusnya. Syabas Bersatu! Teruskan, PAS! Tapi ingat, tak semua orang bodoh macam Bersatu, mudah terpedaya dengan permainan dajal PAS ni.

“Lambat laun, kambing hitam pun tahu marah bila selalu dijadikan mangsa macam Umno. So, PAS better watch out!, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat