Jangan takut Sarawak Coastguard ada

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sarawak tidak akan berdiam diri melayani tindakan ‘melampau’ China yang menceroboh kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik Malaysia di Laut China Selatan.

Sarawak Dayak Community (SDC) berkata, Sarawak juga memiliki kapal pengawal pantainya sendiri untuk membayangi kapal penceroboh China.

“Jangan takut Sarawak Coastguard ada,” kata Sarawak Dayak Community di Facebooknya.

Sebelum ini dilaporkan, tiga buah kapal pengawal pantai China dikesan berada di dalam kawasan perairan ZEE milik Malaysia di Laut China Selatan.

Menurut pemerhati maritim antarabangsa, Ray Powell ketiga-tiga buah kapal pengawal pantai China itu yang dikesan berada di dalam perairan ZEE Malaysia di Laut China Selatan itu dikenalpasti CCG 5403, CCG 5102 dan CCG 5402.

Powell tidak menyatakan sama ada kapal-kapal peronda milik Malaysia berada berhampiran, namun kebiasaannya, kapal-kapal peronda negara sama ada daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berada tidak jauh daripada kapal-kapal penguatkuasa China itu melakukan “shadow.”

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan meneruskan penerokaan minyak di dalam kawasan wilayahnya walaupun terdapat permintaan China untuk menghentikan serta-merta aktiviti di perairan Sarawak itu.

Anwar berkata beliau pasti bahawa penerokaan minyak yang dilakukan oleh Malaysia berada di dalam perairan negara, tetapi akan menjelaskan kedudukannya kepada China.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat