Berusaha tingkatkan jumlah jurutera kemahiran tinggi, alat ganti sampai tepat waktu – Kapten Izham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) sedang meningkatkan jumlah jurutera berkemahiran tinggi bagi memastikan aliran bakat yang kukuh dalam organisasi.

berkata, kerjasama dengan rakan kongsi telah dilakukan untuk menambah tenaga kerja sambil memperbaiki pakej ganjaran.

“Komitmen kami untuk memastikan kebolehpercayaan kekal utuh. Komitmen kami untuk memastikan kebolehpercayaan tetap dan terus teguh,” katanya pada sidang media, lapor Astro Awani pada Jumaat.

Selain itu, beliau berkata MAG turut bekerjasama rapat dengan Pengeluar Peralatan Asal (OEM) bagi memastikan penghantaran alat ganti yang tepat pada masanya dan memperkenalkan program penyelenggaraan komprehensif untuk armada pesawat mereka.

“Keutamaan kami adalah menyediakan pengalaman pelanggan terbaik sambil mengekalkan keselamatan sebagai fokus utama,” kata Izham.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun isu rantaian bekalan menjejaskan banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia, MAG bertindak proaktif dalam usaha mengatasi cabaran ini.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia Airline Berhad (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata program latihan perlu diperbanyak dan memastikan pakej pekerjaan dengan gaji setimpal ditawarkan dalam usaha menarik pekerja mahir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat