#TeamMerdekaBoBoiBoy raih perhatian antarabangsa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hampir 500 penyertaan dari seluruh dunia diterima bagi pertandingan mewarna #TeamMerdekaBoBoiBoy sempena Hari Kemerdekaan Ke-64 anjuran produksi animasi popular BoBoiBoy, Monsta sejak 25 Ogos lalu.

Selain Malaysia, Monsta turut menerima penyertaan dari Indonesia, Vietnam, Filipina, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bangladesh dan beberapa negara lain pada minggu pertama menerusi pertandingan dalam talian itu.

Ketua Jenama & Pemasaran Antarabangsa Monsta, Faiz Zainal Aabidin berkata, hasil mewarna yang dihantar peserta amat membanggakan.

“Kami teruja melihat peserta menggunakan peluang diberikan dalam peraduan mewarna untuk mencipta corak samping dan tengkolok BoBoiBoy dengan pelbagai gaya tersendiri.

“Ia bersesuaian dengan tema nusantara mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing,” katanya.

 

Seramai 15 pemenang bertuah akan menerima set barangan eksklusif  ‘BoBoiBy Benyond 10’ dari Monsta sempena ulang tahun ke-10 siri animasi kegemaran ramai itu.
Seramai 15 pemenang bertuah akan menerima set barangan eksklusif ‘BoBoiBy Benyond 10’ dari Monsta sempena ulang tahun ke-10 siri animasi kegemaran ramai itu.

 

Pertandingan itu terbahagi kepada empat kategori bermula daripada usia 4 hingga 6 tahun; 7 hingga 12 tahun; 13 hingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas.

Seramai 15 pemenang bertuah akan menerima set barangan eksklusif ‘BoBoiBy Benyond 10’ dari Monsta sempena sambutan ulang tahun ke-10 siri animasi kegemaran ramai itu.

Peluang menyertai pertandingan mewarna dalam talian masih terbuka sehingga 25 September depan.

Peserta dialu-alukan untuk menghantar hasil mewarna mereka dengan memuat naik gambar berkenaan ke akaun media sosial, Facebook, Istagram dan Twitter sendiri. Syarat penyertaan boleh dilihat menerusi laman sosial rasmi BoBoiBoy.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat