Agihan BKC Bermula, Penduduk Pedalaman Terima Bayaran Tunai – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1 telah diterima rakyat secara berperingkat mulai hari ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, dimaklumkan Kementerian Kewangan akan mempermudahkan urusan pengagihan kepada masyarakat pedalaman dengan pembayaran secara tunai kepada mereka yang tidak memiliki akaun bank.

“Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang meninjau secara maya proses pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa satu, yang dilaksanakan secara berperingkat menerusi institusi kewangan terpilih melibatkan peruntukan sebanyak RM3.1 billion.

“Saya berkesempatan bertanya khabar dengan penerima BKC di beberapa cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk di Sabah, Sarawak, Kelantan, Perlis dan Johor secara dalam talian untuk memastikan proses pembayaran bantuan itu berjalan lancar.

“Dalam sesi itu, saya juga mendapatkan laporan secara langsung daripada Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz yang turun padang meninjau sendiri proses pembayaran di BSN Putrajaya, manakala timbalannya, Datuk Mohd Shahar Abdullah berada di BSN Triang, Pahang,” katanya pada Isnin.

Ismail Sabri berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban “Keluarga Malaysia” yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,567FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat