Fasa Endemik, 4 Menteri Bincang Kelonggaran SOP

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berbincang dengan tiga menteri Kabinet bagi membincangkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sebelum negara memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung Oktober ini.

Hishamuddin memaklumkan antara Menteri yang terbabit adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya akan memanggil ketiga-tiga menteri terbabit dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci bagi membuat keputusan bersama mengenai penyesuaian SOP dan bentuk kelonggaran SOP yang seterusnya dalam menuju fasa endemic.

“Dalam pada itu, pada masa yang sama saya juga telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk terus mengemas kini SOP dan kelonggaran yang sudah dipersetujui bersama oleh kementerian-kementerian yang terlibat sebelum ini agar ia lebih mudah difahami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata sebagai persediaan ke arah fasa berkenaan, kerajaan sedang meneliti kelonggaran-kelonggaran yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian yang lebih bebas dalam norma baru.

Namun pada masa yang sama jelasnya, kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat disamping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kelonggaran-kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan yang lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat