68 Peratus Polulasi Dewasa Lengkap Dua Dos Vaksin – JKJAV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Jaminan Akese Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 inndividu daripada populasi dewasa di negar aini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

JKJAV melalui perkongksian di Twitter rasminya hari ini menunjukkan 36,431,562 dos vaksin Covid-19 diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 20,543,016 individu di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 289,958 dos dengan 136,177 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 153,841 adalah dos lengkap.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat