ATM Lancarkan Vaksinasi Di Kawasan Pedalaman Sabah – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu melancarkan pemberian vaksin di kawasan pedalaman Sabah.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bantuan logistik dan kepakaran daripada ATM ini adalah untuk menangani Covid-19 di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman.

“Ada kalanya wira ATM bertugas tanpa senjata. Namun tekadnya tetap sama – demi nyawa rakyat dan keselamatan tanah air!

“Well done Tim Army Combat Medic Vaccination Team (ACMVT) dari Briged Ke-13 Infantri Tentera Darat Malaysia!” kata Hishammudin di Facebooknya.

Menurut Hishammudin lagi, sumbangan kepakaran dan logistik sangat penting demi melancarkan pemberian vaksin COVID-19 di kawasan pedalaman bahagian Tongod, Sabah.

Selari dengan pengumuman beliau baru-baru ini, tim vaksinasi ATM akan terus ditingkatkan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama di kawasan yang sukar dicapai, ujarnya.

May be an image of 3 people, people standing and indoor

Terdahulu, Hishammuddin pada 3 September lepas mengumumkan ATM akan mula mempetingkatkan bantuan tangani Covid-19 di seluruh negara.

Antara keutamaan ATM tersebut ialah, menambah pembinaan Hospital Medan di negeri-negeri yang akan dikenalpasti KKM, menyediakan lebih banyak tim vaksinasi ATM di negeri-negeri yang memerlukan terutama di kawasan pedalaman yang sukar dicapai oleh pihak KKM dan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin secara pandu lalu kepada masyarakat awam.

ATM kini hanya menunggu lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, jelas Hishammuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,564FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat