Mizz Nina terharu sokongan pengikut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Hangat dengan kisah perceraian dengan Noh Salleh, Mizz Nina memuat naik entri di Instagram Story (IGs) meluahkan rasa syukur atas kasih sayang dan doa peminat terhadap dirinya, bekas suami dan Baby Musa.

Melalui entri yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu, Mizz Nina menyebut:

“Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya.”

Mizz Nina atau nama penuh, Shazrina Azman juga berharap diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

“Ya Tuhan, jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka fikir tentangku. Maafkan aku untuk apa yang mereka tidak tahu mengenai diri ini.

 

Melalui entri dimuat naik, Mizz Nina berharap diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan Noh. Foto IG Mizz Nina
Melalui entri dimuat naik, Mizz Nina berharap diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan Noh. Foto IG Mizz Nina

 

“Dan jangan hukum aku terhadap apa yang mereka katakan kepada diri ini,” luahnya.

Malam tadi, Noh, 37, dan Mizz Nina, 42, mengumumkan perceraian mereka melalui Instagram (IG), masing-masing.

Kenyataan lima perenggan yang dikongsi secara serentak, mengesahkan rumah tangga dibina sejak 11 tahun lalu, akhirnya, runtuh.

Sebelum pengumuman rasmi dibuat Noh dan Mizz Nina, pasangan ini dilaporkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Selangor, Rabu lalu.

Difahamkan, perceraian pasangan itu adalah di bawah kod kes 055, iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Mengikut laporan Harian Metro, Noh dan Mizz Nina memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 14 Jun lalu.

Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Pasangan itu mengambil anak angkat dikenali sebagai Baby Musa, Mac lalu.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat