PN dah gagal jadikan UMNO perisai pertahan jawatan, kedudukan main isu mahkamah – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berdepan pendakwaan dan tekanan yang sangat hebat tidak sesekali membuatkan UMNO menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN),” kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kata Zahid, tidak benar langsung tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO ia sangat kasar dan tidak senonoh.

“Menuduh pimpinan UMNO tidak menyokong kerajaan PN kerana tidak dibebaskan daripada pendakwaan.

“UMNO berasa kesal sehingga ke tahap itu tuduhan sanggup dibuat demi memelihara kedudukan,” bidas Zahid.

Menurut beliau, institusi diraja dipersenda, demokrasi dipermain, undang-undang dimanipulasi, kini rakyat dibohongi.

Malah kata Zahid, PN Sanggup berdusta untuk memesongkan perhatian rakyat daripada isu pokok iaitu kegagalan dan hilang sokongan.

“Jika mahu tahu kaedah menyelamat diri daripada pendakwaan boleh lihat ‘katak’ yang kini selesa di seberang jalan.

“Boleh juga lihat kepada ‘belatuk’ yang kekenyangan dedak dalam sangkar serba baharu dan pesona.

“Walhal mereka sebenarnya telah gagal menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahan jawatan dan kedudukan,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Zahid memberitahu untuk kesekian kalinya beliau selaku Presiden UMNO menegaskan bahawa, pimpinan UMNO wajib mempertahankan parti politik ini supaya tidak tersasar dari landasan rakyat.

“Hal ini kerana UMNO sebuah parti politik milik rakyat. Sejak ditubuhkan UMNO dan rakyat berpisah tiada.

“UMNO juga mendaulatkan dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu sejak merdeka,” ujarnya.

Beliau berkata, pewaris UMNO tidak boleh menyimpang daripada falsafah dan semangat ini dengan apa jua alasan.

“Pimpinan UMNO yang setia perlu tegas mempertahankan pendirian, agenda, maruah dan jati diri untuk parti, rakyat dan negara.

“Suara akar umbi di Perhimpunan Agung UMNO kita terjemahkan.Biarpun berdepan tekanan pendakwaan mahkamah, ini bukan terjemahan tanpa fakta ia telah terbukti sejak 9 Mei 2018,” katanya.

Zahid berkata, UMNO tidak boleh berpeluk tubuh menyaksikan hari demi hari ratusan rakyat gugur angkara kegagalan yang nyata.

“UMNO tidak boleh berdiam diri melihat rakyat terus hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan.

“Perjuangan diteruskan. UMNO perlu bertindak,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat