KEABSAHAN ZAHID HAMIDI SEBAGAI PRESIDEN UMNO DIRAGUI – PEGUAM

- Advertisement -

CYBERJAYA: Keabsahan jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO diragui kerana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 29 Mei 2009 memutuskan sebarang anggota UMNO yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehingga kesnya diselesaikan.

Menurut pengamal undang-undang, Datuk Shamsuddin Nawawi mempersoalkan mengapa Presiden UMNO dikecualikan daripada keputusan yang telah diputuskan MKT tersebut?

Soalnya lagi, apakah keputusan MKT itu telah dipinda. ‘revoked’ atau dibatalkan?

“MT telah menggunakan pakai keputusan itu untuk mengantung ramai pemegang jawatan parti yang menghadapi tuduhan di mahkamah.

“Kenapa Zahid Hamidi dikecualikan dari keputusan MT itu? Adakah keputusan MT itu telah dipinda, revoked atau dibatalkan? {Kalau Keputusan itu telah terbatal, posting ini juga adalah terbatal dan ditarik balik.}

“Jika keputusan MT itu masih wujud, tidak dibatalkan lagi, ianya adalah dasar parti yang mesti dipatuhi.” soal beliau.

Menurut Shamsuddin lagi, Akta Pertubuhan 1966 seksyen 18B memperuntukan jika seseorang hilang kelayakan untuk memegang jawatan akibat perlanggaran mana-mana peraturan, kaedah atau Perlembagaan Parti, perlanggaran itu hendaklah diperbetulkan secepat mungkin. Dalam hal ini, penggantungan jawatannya hendaklah dilakukan dengan secepat mungkin apabila ianya diketahui.

Zahid Hamidi juga telah melakukan satu lagi kesalahan tidak mematuhi keputusan MT dengan melantik Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung. Beliau juga menghadapi tuduhan di Mahkamah dan berdasarkan Keputusan MT pada 29 Mei 2009 itu, jawatan beliau juga mesti digantung.

“Presiden yang tidak mematuhi dasar parti telah melakukan satu kesalahan dan beliau telah hilang kelayakan untuk memegang jawatan.

“Jawatan yang dimaksudkan semestinya semua jawatan yang dipegang termasuk sebagai Ketua Bahagian dan lain-lain di peringkat Bahagian dan Negeri.

“Ini adalah berpandukan precedent pemegang jawatan yang telah digantung sebelum dari ini.” ujar Shamsuddin lagi.

Shamsuddin yang juga bekas Setiusaha Politik bekas Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob mengulas lanjutan dari hujah peguam, Datuk Adnan Seman yang tersiar di portal Malaysiakini ‘MT UMNO Boleh Gantung Zahid’ pada semalam.

“Kita boleh namakan satu-satu mereka yang terlibat. Adnan Seman memberi precedent yang berlaku kepada Datuk Suhaili Abdul Rahman yang digugurkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi.

“Hujah oleh Adnan Seman itu sangat berasas dan saya menyokongnya. Umno tidak boleh melanggari peraturannya sendiri dan perbuatan itu mesti diperbetulkan segera.
Kalau ada yang mengatakan “Rules Are Made To Be Broken, they are The Lazy To Hide Behind it”

Beliau berhujah “MT (Majlis Tertinggi) selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.” katanya.

Terdahulu, Peguam dan anggota UMNO, Datuk Adnan Seman berpendapat Majlis Tertinggi (MT) parti itu mempunyai kuasa untuk menggantung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada jawatan presiden.

Dalam suatu kenyataan hari ini, Adnan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak berkata MT selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.

Beliau berkata hal ini cadangan jawatankuasa pengurusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang melaksanakannya.

Adnan berkata Umno pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 perlembagaan parti itu untuk menggugurkan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada jawatan ahli majlis tertinggi.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat