Kluster Kilang Monopoli Jangkitan Di Selangor Bukan Raya Haji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sektor perkilangan penyumbang terbesar kluster di Selangor,” kata Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman.

Jelas beliau, tiada satu pun kluster di Selangor berpunca daripada sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

“Berdasarkan penelitian trend-trend yang kita kesan di Selangor penyumbang kepada kes yang utama berpunca daripada sektor perkilangan, kemudian diikuti kluster bagi perkhidmatan seterusnya kluster tapak bina dan perniagaan dan komuniti manakala kluster-kluster lain menunjukkan bilangan amat sedikit.

“…dan kalau kita lihat trend -trend penyakit ini berkaitan dengan sambutan hari raya sebelum daripada ini dan kita dapati tiada satu kluster pun yang berkaitan dengan sambutan hari raya.

“Maknanya rakyat Selangor amat akur dengan SOP yang dinyatakan dalam sambutan hari raya Aidiladha,” kata Sha’ari dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat.

Semalam, 5 Ogos Malaysia mencatatkan 20,596 kes positif baru dengan Selangor mendahului carta sebanyak 8,549 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat