Noraini M.I.A serba salah nak buat keputusan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dikhabarkan ‘missing in action’ (M.I.A) ditengah-tengah kekalutan krisis politik tanah air yang kian kacau bilau ketika ini.

Beliau yang menjawat jawatan Menteri Pendidikan Tinggi dan juga merangkap Ketua Wanita UMNO nampaknya berada dalam keadaan tersepit antara dua keputusan ibarat” ditelan mati emak, diluah mati bapa”.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Noraini ada mengadu kepadanya bahawa beliau serabut dan pening kepala untuk buat keputusan sama meninggalkan Kabinet atau terus kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Noraini tak ada, saya ingat dia tutup telefon, tak dapat nak hubungi dia.

“Dia pun serabut, pening kepala… dia mengadu kat saya semalam,” kata Ismail Sabri apabila ditanya media sama ada Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga termasuk senarai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang turut sama menyokong kerajaan PN.

Sebelum ini Noraini dijangka akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Jemaah Kabinet kerajaan Persekutuan susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik diri daripada menyokong kerajaan.

Bagaimanapun sehingga hari ini beliau masih belum membuat satu keputusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat