ROS minta UMNO segera tetapkan tarikh pemilihan parti ikut SOP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertegas bahawa pemilihan parti tidak boleh melebihi 18 bulan.

Ketua Pengarah ROS, Jasri Kassim dalam surat yang dikirim kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu penangguhan pemilihan UMNO lebih 18 bulan adalah tidak sah.

“ROS telah menerima maklum balas daripada pihak Datuk Seri (Ahmad Maslan) bertarikh 30 Julai 2021 mengenai petikan minit Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Bil. 5/2021 pada 7 Julai 2021 berhubung keputusan MKT bagi penangguhan Pemilihan MKT, Bahagian, Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk penggal 2021/2023.

“Keputusan dibuat adalah berdasarkan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu: “Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.”

“ROS berpandangan bahawa tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021. Oleh itu, keputusan MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan di semua peringkat selama 18 bulan pada 7 Julai 2021 adalah tidak sah,” kata Jasri.

Sehubungan itu, ROS mengesyorkan supaya UMNO menetapkan suatu tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan MKT UMNO mengambilkira pematuhan SOP sedia ada dan dimaklumkan kepada jabatan ini dengan kadar segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat