Kereta Terbang Bukan Keutamaan Kerajaan – Wan Junaidi

- Advertisement -

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberi perhatian khusus kepada pembangunan usahawan PKS mikro dan koperasi pasca COVID-19 bagi mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam garis Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 berbanding projek kereta terbang.

Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Malaysia hanya mempunyai tempoh 10 tahun untuk melaksanakan ini dan mencapai matlamatnya.

“Hal ini amat penting kerana kesan penularan wabak COVID-19 terhadap usahawan tempatan perlu ditangani dengan lebih agresif, spesifik dengan menggunakan sumber kewangan dan kepakaran yang ada pada kerajaan.”

“Keutamaan MEDAC pada masa ini adalah untuk melaksanakan program inisiatif yang telah ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi memastikan usahawan PKS mikro koperasi yang terjejas akibat wabak COVID-19 dapat terus dibantu dalam meneruskan perniagaan mereka.”

Wan Junaidi berkata demikian dalam sesi soal jawab di Parlimen semalan ketika menjawab soalan Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] yang minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan perkembangan terkini pembangunan industri kereta terbang dan adakah ia masih diteruskan di bawah MEDAC.

Dalam sesi soal jawab tersebut juga Wan Junaidi menjelaskan Medac tidak terbabit dengan projek ‘air mobility’ kerana pada masa ini ia diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

“Istilah kereta terbang sebenarnya merupakan super dron mengikut konteks sebenar dalam industri air mobility. Industri ini mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, di samping boleh diaplikasikan pelbagai sektor yang lain. Air mobility ini juga turut dilengkapi dengan teknologi
terkini seperti artificial intelligence, big data, mobility internet of things yang kini sedang berkembang pesat terutamanya di peringkat antarabangsa.”

“MEDAC hanya berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan PKS tempatan dalam industri yang memfokuskan kepada perkhidmatan dron dan super dron.”- SUARATV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat