Istana Sabah Sangkal Dakwaan Juhar Terima Imbuhan Bubar DUN

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

Ekonomi Tempatan Dapat Impak Positif Jika Rakyat Dibenar Guna KWSP – Najib

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh memilih melaksanakan pengeluaran caruman dari Akaun 1 secara one-off atau ansuran dalam tempoh tiga hingga...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

KOTA KINABALU – Istana Negeri Sabah hari ini menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaitkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyalah guna kuasa dan rasuah serta menerima imbuhan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Setiausaha Sulit Kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata demikian bagi merujuk kenyataan Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan dakwaan salah laku terhadapa Juhar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam.

“Istana Negeri dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Zulkarnain Mahdar.

“Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali serta mengandungi niat jahat,” katanya pada sidang media di Istana Negeri Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Abinan menjelaskan Yang Dipertua Negeri Sabah tidak pernah menerima 33 akuan bersumpah seperti yang didakwa Zulkarnain, sebelum menandatangani pengisytiharan pembubaran DUN Sabah.

Katanya, Istana Negeri juga tidak pernah menerima permintaan secara rasmi atau tidak rasmi daripada pihak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.

Abinan berkata Istana Negeri juga tidak pernah mengarahkan pihak polis untuk menyekat Musa dan rombongan memasuki kawasan istana pada 30 Julai lalu sebaliknya sekatan itu telah dibuat polis bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Pada 30 Julai lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.

Pembubaran DUN Sabah itu rentetan kemelut politik yang menyaksikan Musa mengetuai beberapa Ahli DUN Sabah untuk menghadap Juhar selepas mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Abinan berkata Juhar tidak memperkenan rombongan Musa untuk bertemu dengannya pada 30 Julai selepas mengambil kira suasana tegang ketika itu dan DUN Sabah telah dibubarkan pada pagi hari yang sama.

“Tuan Yang Terutama (Tun Juhar) amat kesal dengan laporan tidak benar yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp mengaitkan Tuan Yang Terutama,” katanya.

Beliau berkata Juhar juga mengingatkan rakyat supaya bertenang dan tidak mudah mempercayai berita palsu di internet atau media sosial serta berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat keharmonian rakyat.

“Tuan Yang Terutama menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu hati dan mengekalkan keharmonian negeri Sabah yang hidup aman damai,” katanya. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Pentingnya Peranan Raja Lindungi Negara Dari Orang Tamak, Gila Kuasa – TMJ

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor berharap kebijaksanaan Raja-Raja Melayu untuk menjaga kestabilan negara serta melindungi daripada ancaman orang-orang yang tamak dan menggilai kuasa...

Berita Berkaitan

Muhyiddin Jangan Persoal Keputusan Agong, Kata Supol Kit Siang

KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang membidas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan sebagai cuba mempersoalkan titah Yang di-Pertuan...

PM dikecam, enggan pertimbang pengeluaran KWSP

Kuala Lumpur - Laman Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin dihujani ribuan kecaman netizen yang marah dengan keputusan Perdana Menteri enggan menimbangkan cadangan pengeluaran caruman...

Muhyiddin Kecewa Tiada Darurat, Kerajaan Terpaksa Adakan PRK dan PRN

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan mengenai ancaman pandemik Covid-19 dalam menguruskan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi (Sabah) pada...