Hina Agung: Pemandu E-hailing Dipenjara 4 Tahun

KUALA LUMPUR:  Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di laman sosial Twitter, Mac lepas.

Sufazrin Amin Ismail, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS), membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy yang kemudiannya menetapkan 27 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Sufazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menganiayai orang lain, melalui aplikasi Twitter  menggunakan nama profil  “Fazrin Ismail” atau “@Fazr_Ismail”.

Dia dituduh membuat empat hantaran dengan penyataan yang berbeza terhadap Yang di-Pertuan Agong antara pukul 1.56 tengah hari dan 10.29 malam, pada 23 Mac dan 25 Mac lepas.

Kesemua pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini, pada pukul 7 malam, 28 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira hantaran OKS itu berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong.

“OKS sebagai rakyat Malaysia seharusnya taat setia kepada raja dan negara. Saya mohon hukuman berbentuk pengajaran supaya masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Sufazrin Amin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia berasal dari keluarga susah dan ibunya bekerja sebagai penoreh getah.

“Saya telah insaf dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana hantaran saya itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

“Saya berjanji tidak akan mengaibkan atau menghina mana-mana pihak lagi,” katanya dalam nada sebak.

-BERNAMA

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Najib mampu pimpin sinar kebangkitan UMNO – Zaini Japar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mampu memberi sinar baharu kebangkitan semula UMNO mengambil kira pengalaman dan kebijaksanaannya memimpin parti dan...

Najib, BN tak bankrapkan negara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta bahawa sepanjang sembilan tahun menjadi Perdana Menteri beliau tidak bankrapkan negara seperti didakwa. Najib menegaskan, jadi...

Serangan Bertali Arus Tak Goyahkan Zahid

KUALA LUMPUR – Mendepani 'mood' panas di saat musuh sibuk mengatur strategi dan menyusun atur perancangan untuk menyerang institusi presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid...