Ladang Durian Bukan Penyebab Banjir, Mungkin Hujan Lebat Puncanya – MBI Kedah

- Advertisement -

BALING – Projek pembangunan ladang durian Musang King sebanyak lapan peratus kawasan di Gunung Inas tidak menyumbang secara signifikan kepada kejadian banjir dan kepala air petang kelmarin.

Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dalam kenyataannya berkata kejadian berkenaan berkemungkinan besar disebabkan hujan lebat untuk tempoh yang lama.

Katanya, kemampuan sungai menampung kapasiti aliran air yang besar turut menjadi penyumbang kepada kejadian itu.

“MBI Kedah berpandangan bahawa pembangunan ladang yang membabitkan lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan itu tidak menjadi punca kepada kejadian banjir berkenaan.

“Selain itu, tiada aktiviti pembukaan tanah dan penyediaan tapak yang baharu bagi tujuan pembangunan ladang dalam kawasan itu bermula Disember 2020 sehingga kini,” katanya.

MBI Kedah berkata pihaknya bersama syarikat usaha sama telah mendapat kelulusan kawasan bagi pembangunan ladang hutan di kompartment lapan Hutan Simpan Gunung Inas seluas 1,074 hektar.

“Kawasan yang dibangunkan dengan penyediaan tapak adalah seluas 600 hektar dan secara keseluruhannya, keluasan kawasan yang telah ditanam adalah seluas 52 hektar.

“Manakala keluasan kawasan kompartment tujuh dan lapan yang membabitkan aliran air (kawasan terimaan hujan) ke Sungai Kupang adalah dalam anggaran keluasan 7,560 hektar.

“Pembangunan projek ladang MBI Kedah dan syarikat usaha sama pula adalah seluas 600 hektar yang meliputi lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan berkenaan. Jadi, pembangunan itu tidak menjadi penyumbang kepada kejadian berkenaan,” katanya.

Bagaimana pun, katanya kerja-kerja penyediaan tapak itu sudah dihentikan pada pertengahan tahun 2019 susulan pandemik COVID-19 dan pada Disember 2020 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) telah mengeluarkan arahan rasmi penangguhan sementara kerja-kerja pembangunan ladang sehingga kini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat