Peperiksaan SPM 2021 Pada Februari dan Mac 2022 – Radzi Jidin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diadakan pada Februari dan Mac 2022 berikutan sesi pengajian dalam kelas untuk tingkatan empat tahun 2020 dan tingkatan lima 2021 yang banyak tertangguh.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menyatakan peperiksaan SPM tahun ini akan diadakan pada Februari 2022 bagi Ujian Lisan dan Amali Sains. Manakala bagi peperiksaan bertulis ia akan diadakan pada Mac 2022.

Dalam sidang Media Khas pagi tadi, Radzi memberitahu keputusan tersebut dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengambil kira cabaran dan kekangan pembelajaran yang dialami oleh para pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa pelajar Tingkatan Lima akAn diberi keutamaan untuk kembali ke sesi persekolahan bersemuka setelah pandemik Covid-19 reda dan mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara.

Kebiasaannya peperiksaan SPM yang menjadi peringkat kemasukan ke pendidikan diploma, universti dan alam pekerjaan diadakan pada bukan Oktober dan November setiap tahun.

Bagaimanapun akibat pandemik Covid-19 yang menghalang pembelajaran dalam kelas mengikut takwim pendidikan asal sejak Mac 2020, Kementerian telah memanjangkan tempoh pembelajaran dengan melewatkan jadual peperiksaan SPM dan STPM.

SPM dan STPM 2020 telah diadakan pada Februari 2021 yang lalu, iaitu 4 bulan lewat dari jadual asal.

Pada tahun ini juga KPM telah memansuhkan semua peperiksaan lain termasuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan PT3.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat