Hishammuddin Dikuarantin, Delegasi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China Akan Diwakili Timbalannya

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China bermula esok akan diwakili oleh Timbalannya, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Jelas beliau, keputusan tersebut disebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan dirinya sebagai kontak rapat kepada seorang individu yang telah disahkan positif Covid-19 dan telah dipakaikan gelang pink untuk dikuarantin wajib.

Menurutnya lagi, lawatan kerja rasminya ke Mesir, Kuwait dan Qatar juga ditangguhkan.

“Saya telah dikenalpasti oleh @KKMPutrajaya sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19,

“Walaupun kedua-dua ujian PCR saya negatif, namun saya tetap akan jalani kuarantin wajib seperti diarahkan oleh KKM,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, kata Hishammuddin lagi, beliau amat kagum dengan melihat barisan ‘frontliners’ KKM tetap ceria dan bersemangat biarpun beban tugas di musim pandemik Covid-19 ini amat menguji mereka.

“Terima kasih semua, insyaallah. saya akan patuh setiap prosedur dan arahan KKM,” ujarnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat