Sekolah Akan Laksana PdPR Selama 25 Hari Mulai 13 Jun

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidkan perlu menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama 25 hari mulai minggu hadapan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas sebentar pagi ini.

Menurut Radzi, arahan ini terpakai kepada semua sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan termasuk sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah ekspatriat.

Bagi sekolah dalam kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi PdPR akan bermula dari 13 Jun – 15 Julai 2021. Manakala bagi sekolah dalam kumpulan B, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada 14 Jun – 16 Julai.

Radzi turut menyatakan kaedah persekolahan selepas cuti pertengahan penggal akan diumum seminggu sebelum sekolah dibuka dan ia bergantung sepenuhnya keadaan pandemik Covid-19 dan kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara.

Dalam sidang media khas tersebut juga Menteri Kanan Pendidikan menegaskan Manual PdPR 2.0 adalah panduan bukan kewajipan penuh.

“PdPR harus dilaksanakan berdasarkan kesesuaian murid dan guru. Guru lebih arif tentang kaedah PdPR yang terbaik untuk dilaksanakan,” tambah Radzi.

Sistem PdPR mula dilaksanakan pada tahun lalu semasa fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Manual PdPR 2.0 menggariskan 3 konsep asas yang boleh diguna pakai oleh guru-guru. Banyak rungutan berlaku mengenai PdPR semasa secara dalam talian (real time online) sedangkan manual ini juga memperuntukan dua kaedah lain iaitu PdPR luar talian (offline).

Video mengenai kaedah PdPR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat