Sambutan Jubli Intan UMNO di seluruh negara, SOP ketat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO minggu lalu bersetuju untuk membenarkan sambutan Jubli Intan ke 75 tahun parti itu diadakan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kebenaran itu tertakluk kepada pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

“Adalah diharapkan agar 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mengadakan sambutan secara sederhana dengan mengadakan acara menaikkan bendera UMNO di pejabat negeri dan bahagian, mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan doa selamat.

“Pada sambutan berkenaan, tokoh UMNO setiap negeri akan diumumkan dan diberikan penghargaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, 11 Mei maka genap 75 tahun penubuhan parti tunjang Melayu itu.

UMNO kini mempunyai 21,135 cawangan, 191 bahagian di 13 negeri dengan 3.3 juta keahlian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat