Hamzah Gesa Kerajaan Segerakan Bantuan Mangsa Letupan Putra Heights

- Advertisement -

PUTRA HEIGHTS, – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan beliau dihubungi oleh beberapa mangsa insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights yang meluahkan kebimbangan mengenai status bantuan dan pampasan terhadap kediaman mereka yang musnah.

Menurut Hamzah, sehingga kini tiada kata putus jelas daripada pihak berwajib berkenaan bentuk bantuan yang akan disalurkan.

“Saya mohon kepada pihak berwajib, khususnya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, agar segera menyalurkan bantuan kepada mereka. Apa yang berlaku sudah pun berlaku, yang penting sekarang adalah kebajikan mangsa,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa aspek kebajikan dan keperluan segera mangsa perlu diberikan keutamaan dan tidak wajar ditangguh lebih lama.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat