Kebuntuan Politik PN Boleh Dirawat Dengan Menggantikan Muhyiddin – Shahrir

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) didakwa sebagai parti yang berdepan kebuntuan politik (political gridlock),” kata Tan Sri Shahrir Samad.

Veteran UMNO itu mencadangkan formula baru kepada PN iaitu dengan menggantikan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan figura politik lain agar gabungan yang dipimpinannya dapat keluar daripada kepompong kebuntuan.

“Siapa yang bedepan dengan ‘gridlock’ tu?
PN kan?

“Cuba tukar formula sikit dengan gantikan Muhyiddin dengan orang lain, “ katanya.

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru bagaimanapun berkata jika formula baru itu tidak menjadi, maka eloklah PN itu dibubarkan.

“Kalau tak jadi juga, bubar je lah,”ujarnya.

Shahrir malah memberitahu Barisan Nasional (BN) sudah mewujudkan kestabilan politik.

“Kami tidak berada dalam ‘political gridlock’ atau kebuntuan politik,” tegas beliau.

Shahrir berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Pemuda Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang memberitahu satu gabungan
besar parti bukan BN yang diketuai oleh presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pilihan terbaik untuk menggerakkan negara melepasi kebuntuan politik semasa.

Beliau berkata pakatan antara PN pimpinan Bersatu, barisan pembangkang Pakatan Harapan (PH) dan kumpulan serantau lain seperti Gabungan Parti Sarawak akan melakarkan masa depan politik baharu untuk negara, walaupun ia hanya boleh mapan jika ia dipimpin oleh seorang pemimpin Melayu yang sederhana seperti Muhyiddin.