Anda kebanggaan Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa bangga atas kejayaan enam pelajar Malaysia mencipta sejarah apabila diterima masuk bersama-sama ke salah sebuah universiti berprestij dunia, Universiti Harvard tahun ini.

Kata beliau ini adalah pencapaian membanggakan buat Malaysia.

“Tahniah saya ucapkan kepada enam pelajar muda tanah air yang akan menjejakkan kaki ke Harvard College, sekolah peringkat sarjana muda bagi Universiti Harvard yang merupakan universiti terkemuka dunia,” ucapnya di Facebook.

Enam pelajar ini adalah Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong dari Sabah, Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

Kata beliau, kesemua mereka akan menamatkan pengajian di Harvard pada tahun 2026.

“Semoga beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Ini adalah jumlah tertinggi bilangan pelajar dari Malaysia yang diterima masuk ke Harvard pada tahun yang sama, setelah menewaskan permohonan seramai 61,220 pelajar dari seluruh dunia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat