91 MP pembangkang dah setuju RUU Lompat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setakat ini sudah ada 91 ahli Parlimen yang menyatakan komitmen terbuka menyokong Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2022 berkaitan Anti Lompat Parti.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

“Setakat ini, sudah ada 91 Ahli Parlimen (90 PH + 1 MUDA) yang menyatakan komitmen terbuka menyokong Pindaan Perlembagaan tersebut,” katanya di Facebook pada Rabu.

“Pagi ini, saya bertemu dengan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Petaling Jaya. Kami membincangkan persiapan untuk Sidang Khas Parlimen pada minggu depan.

“Saddiq memberikan komitmen untuk menyokong RUU Pindaan Perlembagaan untuk menghalang tindakan lompat parti,” ujarnya.

Susulan Sidang Khas Parlimen berkenaan Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menyeru setiap parti yang mempunyai wakil di Parlimen untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

“Pindaan ini hanya akan berjaya dengan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat iaitu minima 148 ahli menyokong,” ulasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat