Lelaki Didakwa Langgar PKP, Tunjuk Isyarat Lucah

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

Georgetown – Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan iaitu memandu melawan arus, menunjuk isyarat lucah, menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal bulan ini.

M. Mathialagan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan pertama, Mathialagan didakwa menunggang motosikal dengan cara melulu dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai apabila jalan yang digunakan itu tidak sesuai dan banyak lalu lintas di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, di sini pada 12.15 tengah malam, 3 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa bergerak dari rumah di Pengkalan Weld ke Lebuhraya Dr Lim Chong Eu yang merupakan tempat dalam tempatan kawasan jangkitan bukan bertujuan melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, pada masa dan tarikh sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan mengikut Peraturan 11(1) peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Mathialagan didakwa mengaibkan anggota polis Jyillson Mudi dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah dan mengeluarkan perkataan lucah di hadapan pos pengawal Balai Polis Jalan Patani, di sini mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun dengan denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Dia turut dituduh menghalang penjawat awam itu daripada menjalankan tugas dengan bertindak agresif dan melarikan diri semasa ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua  kesalahan itu dilakukan pada masa dan tarikh sama.

Mahkamah membenarkan Mathialagan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shafiq Mohd Sazali manakala tertuduh diwakili peguam M. Puveneswaran.

– BERNAMA

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...